Mukasurat Utama
Kenapa pilih SRITI?
Di sini, anak-anak bukan hanya belajar, tetapi dibimbing menjadi generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia.- Guru Penyayang
- Dan berpengalaman
- Pelbagai Aktivit Menarik
- Kurikulum dan Ko-Kurikulum
- Pendidikan Berteraskan Islam
- Semua aspek
- Kurikulum Seimbang
- Dunia dan Akhirat
- Fokus Pada pembentukan Akhlak & Sahsiah
- IBD-Ihab dll
News
Find out what is new in our schoolBAHAYA BEG SEKOLAH BERAT KEPADA ANAK
15/02/20221. Beg sekolah wajib tak boleh lebih 10% daripada berat anak. Kalau berat anak 20kg, beg sekolah kena lebih kurang 2kg-3kg sahaja.
2. Beg yang berat melampau pada anak boleh cederakan otot di bahagian belakang anak terutamanya pada bahagian otot erector spinae
3. 58.3% sakit belakang pada murid sekolah dikaitkan dengan membawa beg sekolah yang berat
4. Kesan lain yang boleh terjadi pada murid yang membawa beg berat adalah masalah sakit kepala, sakit leher, bahu dan risiko skoliosis ( tulang belakang bengkok ke tepi )
5. Paling dirisaukan sebenarnya adalah efek jangka panjang bila anak dah besar nanti
6. Tolong sangat bila anak balik nanti periksa dan timbang beg sekolah anak masing masing.
7. Elakkan beli beg beroda untuk anak anak terutamanya jika anak anak kita kena menaiki tangga untuk ke kelasnya
" Berat mata kita memandang, berat lagi BAHU ANAK yang memikulnya "
Tolong sampaikan ilmu ini pada pasangan dan keluarga kita yang ada anak yang masih bersekolah ya
- Taufiq Razif -
#HalalDiShare
#SRITIAlHawariyyun
|Al-Hawariyyun : Hari ini|
07/02/2022Suasana sepanjang Penilaian Akhir Tahun 2021
MELAHIRKAN GENERASI SOLEH PINTAR RABBANI DAN MURABBI
#SRITIalhawariyyun
1
SELAMAT MENDUDUKI PAT
07/02/2022Assalamualaikum WBT
SRITI Al-Hawariyyun mengucapkan ‘Selamat Menghadapi Penilaian Akhir Tahun (PAT)’ bagi tahun 2021.
Diingatkan juga untuk murid-murid membawa:
Buku Nurul Quran @ Al-Quran and untuk ujian Halaqah
Peralatan Menulis & Pensel Warna
Buku-buku sekolah mengikut jadual PAT 2021 (Tidak perlu bawa buku ikut jadual kelas)
Peralatan untuk keperluan murid seperti di bawah:
kod QR
bekas makanan
sejadah
facemask 2
tisu
botol berisi air (1 litre)
Didoakan semoga Allah SWT memberi kelapangan hati dan fikiran, memberi kemudahan murid-murid dalam menjawab dan juga memberi ketenangan hati dalam menjawab PAT. Aamiin yra
08:14 AM
TAHNIAH!
07/02/2022Kami warga SRITI Al-Hawariyyun amat berbesar hati di atas perlantikan guru besar baru. Kami mengucapkan tahniah serta selamat bertugas kepada Ustazah Ummi Aqilah Norlizam .
Semoga dapat sama-sama meneruskan perjuangan terdahulu di SRITI Al-Hawariyyun sehingga menjadi sebuah institusi yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI
#SritiAlhawariyyun
MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR
07/02/2022A new photoalbum MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR was added to gallery
Lensa majlis Ustaz Khalid Nayan pada hari terakhir berkhidmat di SRITI Al-Hawariyyun. Disambut penuh sederhana berikutan tuntutan SOP tapi sungguh meriah dan sayu. Turut dihadiri oleh wakil Ahli Lembaga Pengarah (ALP) SRITI Al-Hawariyyun yang terdiri dari Pengerusi ALP Tuan All Hafiez dan Tuan Syahrul yang turut sama memberi penghormatan terakhir kepada Mantan Guru Besar SRITI Al-Hawariyyun. Suasana indah bercampur sayu melihat telatah anak murid sriti al hawariyyun menghabiskan masa bersama Ustaz Khalid Nayan. Terima kasih sekali lagi Ustaz Khalid Nayan dari kami warga SRITI Al-Hawariyyun di atas segala jasa ustaz membangunkan SRITI Al-Hawariyyun dari awal pembukaan. InsyaAllah SRITI akan terus membangun di bawah pentadbiran guru besar baru nanti. Dari kami staf dan guru SRITI Al-Hawariyyun, kami sangat bersyukur sempat melakar pengalaman bekerja bersama Ustaz Khalid Nayan. Beliau seorang yang berpesona tegas namun penuh sifat kebapaan. Santai dan sangat mudah bertolak ansur. Sentiasa energetic dalam melaksana. Semoga Ustaz terus maju jaya. Kalau Ada sumur di ladang, Bolehlah kami menumpang mandi, Kalau Ada masa lapang, Jenguk kami ya setiap hari #SRITIAlHawariyyun
132
[#SedekahJumaat]
28/01/2022PELABURAN AKHIRAT MELALUI SEDEKAH JUMAAT
"Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain."
-Ibnu Qayim dalam Zad Al-Maad.
SRITI AL-Hawariyyun , Pelabuhan Klang ingin mengajak anda untuk bersama-sama memberi sumbangan Projek Pembangunan & Penyelenggaraan SRITI Al-Hawariyyun ..
Semoga dengan sumbangan ini, dapatlah kita memberi keselesaan kepada anak soleh dan solehah SRITI Al-Hawariyyun , Pelabuhan Klang dalam menuntut ilmu, semoga menjadi saham di akhirat kelak. InsyaAllah..
==========================================Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank SRITI DPPK KLANG
Bank :
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)Nama Akaun :
SRITI DPPK KLANGNo Akaun :
1201 0010 0966 32Reference :
SRITI Al-HawariyyunMaklumat lanjut, hubungi :
En Fauzi - wassap.my/60193632845
==========================================
MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI
#SritiAlHawariyyun
SOP HADIR KE SEKOLAH
27/01/2022Keselamatan warga SRITI Al-Hawariyyun bermula dari pintu pagar sekolah.
1- Anak murid perlu turun ke pintu pagar bersama ibu bapa penjaga.
2- Ibu bapa perlu ‘scan QR Code’ di pintu pagar sekolah dan perlu check suhu di alat pengimbas suhu bersama murid.
3- Pastikan nama murid sudah di isi dalam ruangan ‘Dependant’ my sejahtera ibu ayah penjaga.
.
.
P/s
*Ibu bapa yang bergejala perlu membawa pulang murid segera.*Ibu bapa yang tidak mempunyai My Sejahtera perlu lapor diri di buku pelawat.
.
.
.
.
SRITI Al-Hawariyyun amat menitik beratkan kesejahteraan warga sekolah. Terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga yang memberi kerjasama memudahkan perlaksanaan SOP hadir ke sekolah.MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI
#SritiAlHawariyyum
MAKLUMAN MAJLIS PERPISAHAN USTAZ KHALID NAYAN
26/01/2022Adalah dimaklumkan bahawa hari Jumaat ini bersamaan 28 Januari 2022 pihak sekolah akan mengadakan majlis perpisahan buat *Ustaz Khalid bin Nayan* yang akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Guru Besar di SRITI Al-Hawariyyun.
Kami warga SRITI Al-Hawariyyun mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti beliau yang disumbangkan untuk kemajuan dan pembangunan SRITI Al-Hawariyyun.
Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan terus memberi manafaat kepada ummah.
| AL-HAWARIYYUN : SEMASA |
25/01/2022Penyediaan makanan untuk murid dibungkus dari kantin dan dihidang di dalam kelas. Murid akan bersarapan dan makan tengah hari di kelas sahaja. Usaha ini adalah untuk mengurangkan pergerakan murid bagi mengekang risiko penularan wabak.
Terima kasih staf dan guru yang bertungkus lumus beri yang terbaik untuk murid SRITI Al-Hawariyyun.
MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI
#sritialhawariyyun
| AL- HAWARIYYUN = SEMASA |
25/01/2022Menghormati gaya pembelajaran anak-anak abad ke-21 yang bervariasi. Dengan mengambil penilaian dari model dan inventori VARK, iaitu melalui kaedah 4 sensorinya, visual, auditori, read & write juga geng kinesthetic.
Guru nak tak nak kena kreatif dan rajin lagi aktif.
Huhu.
Disini nak simpan gambar, aktiviti kelas bersama anak-anak tahun 2 di SRITI Al-Hawariyyun untuk subjek Bahasa Inggeris, topiknya, Polar Region. Belajar mengenali haiwan artik.
Our favorite and iconic mascot of the artic animal: https://youtu.be/r2Ou58p_D7k
Subhanallah atas ciptaan-Nya.
Kredit: Teacher Ainoor
7
KESELAMATAN WARGA SRITI AL-HAWARIYYUN BERMULA DARI PINTU PAGAR SEKOLAH
24/01/2022SOP Hadir ke sekolah:
1- Anak murid perlu turun ke pintu pagar bersama ibu bapa penjaga.
2- Ibu bapa perlu ‘scan QR Code’ di pintu pagar sekolah dan perlu check suhu di alat pengimbas suhu bersama murid.
3- Pastikan nama murid sudah di isi dalam ruangan ‘Dependant’ my sejahtera ibu ayah penjaga.
.
.
P/s
*Ibu bapa yang bergejala perlu membawa pulang murid segera.*Ibu bapa yang tidak mempunyai My Sejahtera perlu lapor diri di buku pelawat.
.
.
.
.
SRITI Al-Hawariyyun amat menitik beratkan kesejahteraan warga sekolah. Terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga yang memberi kerjasama memudahkan perlaksanaan SOP hadir ke sekolah.MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI
#SritiAlHawariyyum
KURSUS PROFESSIONALISM GURU
24/01/2022A new photoalbum KURSUS PROFESSIONALISM GURU was added to gallery
| Al-Hawariyyun = Semasa | Pada 7, 8 & 9 Januari 2022 , guru-guru SRITI Al-Hawariyyun telah menjalani kursus ‘Peningkatan Professionalisme Guru’ yang berlangsung di D’Bayu Impian Housestay di bawah anjuran pihak pengurusan, GPK Akademik dan GPK HEM SRITI Al-Hawariyyun. Kursus ini menyaksikan guru-guru SRITI Al-Hawariyyun di dedahkan dengan pelbagai modul dari pengisi berpengalaman dan bertauliah yang di jemput khas dari pelbagai jabatan. Tahniah kepada semua guru dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung melancarkan program 3 hari 2 malam ini. Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan kualiti guru dan sekolah. MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI #SRITIAlHawariyyun #KursusProfessionalismeGuru
32
Jadual Waktu
12/01/2021View or print your current timetable. The latest timetable was published on: 28/10/2025
Jadual Ganti
12/01/2021View the daily substitution changes to your timetable. The latest substitution was published on: 14/11/2025

User accounts
12/01/2021For some parts of timetable or substitution, you may need to login. If you lost your password, please use the link “I do not know the login name or password” and type in your email. If you haven’t received the password yet, please wait, the school will provide you with one when everything is the ready to go.
SRITI AL-HAWARIYYUN
Melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani dan Murabbi