• News

  • News

            • 🏆SUKAN TAHUNAN SRITI AL-HAWARIYYUN 2022🏆

            • 🏆SUKAN TAHUNAN SRITI AL-HAWARIYYUN 2022🏆

              📍Nantikan Sukan Tahunan SRITI Al-Hawariyyun 2022 Ogos ini.

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI

              📌 Facebook : SRITI Al Hawariyyun
              📌 Website : https://al-hawariyyun.edupage.org/

            • PENDIDIKAN SEKSUAL. TABU ATAU PERLU?

            • PENDIDIKAN SEKSUAL? TABU ATAU PERLU✨

              [ Memantapkan ilmu keibubapaan dan memberi penerangan tentang pendidikan seksual kepada anak murid di peringkat rendah ]

              👨🏻‍💼 Oleh AKHI FAIRUZ 
              ✳️ Penceramah motivasi
              ✳️ Speaker MFA Smart & Consultancy 
              ✳️ Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak

              🗓 Tarikh : 03 Julai 2022 (Ahad) 
              ⏰ Masa : 9:00 pagi
              🏠 Tempat : Surau SRITI Al-Hawariyyun 

              🔖 Bayaran sebanyak RM25 Seorang
              🔖 Tempat terhad kepada 60 orang sahaja

              📌 Tarikh tutup pendaftaran adalah sehingga 26 Jun 2022 sahaja

              📍Tidak digalakkan membawa kanak-kanak 12 tahun kebawah bagi kelancaran dan fokus Ibu bapa sepanjang  program berlangsung. 

              🌹Jom ramai-ramai sertai program ini🌹

              📱 Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi : 

              Cikgu Ruzanna (012-6479826)

              Untuk pendaftaran sila klik link dibawah👇🏻

              🔑Link Google Form :
              https://forms.gle/mq1CrRa4khpnLaR58


              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI

            • DOA DAN TIP MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID DALAM KELAS

            • DOA DAN TIP MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID DALAM KELAS, CUBALAH.

              Kerana permintaan daripada sahabat saya coretkan di sini. Semoga ia bermanfaat.

              Rasulullah SAW pernah ditanya,
              Apakah sikap orang islam yang paling baik?

              Jawab Baginda “Orang yang menjaga lidahnya daripada menyakiti orang lain”

              Baginda ditanya lagi,
              Apakah amalan hati  ( Iman ) yang paling utama?

              Jawab Baginda, “Iaitu orang yang sabar dan pemaaf”

              Siapakah mukmin yang paling sempurna imannya?

              Jawab Baginda: “Mukmin yang paling baik akhlaknya”

              Hadamkanlah hadith ini dan praktik di hadapan murid. Sunnah yang di amalkan memiliki keistimewaan yang kita sendiripun tak sangka. 

              Perkara yang pertama saya beritahu murid apabila memulakan sesi pengajaran ialah hadith di atas. Yakin dan percayalah mereka boleh jadi baik dan boleh  mengawal tingkah laku dengan sebab perbuatan itu Allah dan Rasulullah SAW suka.

              Langkah seterusnya ialah:  

              1.   Volum Suara

              Saya tak nafikan ramai cikgu mempunyai peti suara yang istimewa, kadang-kadang tak perlu pembesar suarapun untuk memberi arahan dalam dewan perhimpunan. Sebab hari-hari diasah menggunakan nada yang tinggi, akhirnya menjadi kebiasaan. Tapi yakinlah suara yang sederhana lebih menyerap dalam hati murid. Cakap dengan suara yang kuat itu memenatkan jadi biasakan diri dengan nada suara yang sederhana kerana itulah sunnah Nabi.  Tugas guru ialah menyampaikan ilmu.  Menyampaikan adalah sinonim dengan bil hikmah. Didik hati untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang dan terkawal.

              1.  Jentik hati

              Percaya  atau tidak, senyuman itu terapi, menyebarkan aura positif kepada orang yang memandangnya, senyuman guru kepada murid mampu mengetuk pintu hati. Rasulullah SAW mengetuk pintu hati para sahabat dengan ucapan-ucapan kasih sayang  dan ucapan berbentuk keperihatinan seperti “ Ya Muaz, demi Allah! Sesungguhnya aku mengasihi engkau”
               “ Cikgu sayang anak-anak semua”, “ Apa khabar”, “ Hari ini sarapan apa?” cikgu akan dapat perhatian daripada murid dengan ucapan-ucapan ini.

              2.  Cikgu yang bacakan doa

              Biasanya murid akan baca doa bersama-sama dalam kelas setiap kali sesi pengajaran. Murid kurang menghayatinya kerana amalan ini sudah menjadi rutin bagi mereka, jadi saya keluar dari kebiasaan. Saya yang bacakan doa murid aminkan. Kesannya subhanallah…kadang-kadang ada murid yang menangis apabila doa di bacakan, Allah sahajalah yang tahu apa yang mereka rasakan. Mungkin doa seorang guru amat diharapkan oleh anak-anak ini. Jika murid menadah tangan pastikan tangannya separas bahu, itulah adab, lambang kesungguhan dan menghormati guru yang sedang mendoakan mereka.

              Doanya ialah:

              Mulakan dengan salawat ke atas junjungan Nabi SAW
              Baca ayat 40 surah Ibrahim ( saya wajibkan diri saya membacanya)
              Kemudian sambung..
              Ya Allah…
              Ampunilah dosa kami
              Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami
              Ampunilah dosa guru-guru kami ( wajibkan juga, latih murid ingat guru setiap kali berdoa)
              Ya Allah berkatilah ilmu yang kami dapat,
              Kami redha dengan guru-guru kami, jadi redhailah kami sebagaimana kami redha terhadap mereka.
              Ya Allah perindahkanlah akhlak kami,
              Perindahkanlah tutur bicara kami,
              Perindahkanlah hati kami,
              Perindahkanlah akal dan pemikiran kami,
              Perindahkanlah tindakan kami,
              Kurniakanlah akal yang kuat, bijak, pandai dan matang
              Jadikanlah kami orang yang Berjaya dalam pelajaran..berjaya di dunia dan akhirat
              Jagalah kami sebagaimana Engkau menjaga hambaMu yang Soleh dan Solehah.
              Akhiri dengan selawat.

              3.  Arahan yang jelas

              Sebelum cikgu menyampaikan ilmu, sampaikan arahan dengan jelas supaya murid dapat bertindak mengikut kehendak guru. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan susun ayat dengan teratur terutamanya bila berdepan dengan murid tahun 1. 

              4.  Sampaikan objektif 

              Penting, berkongsi rasa dan cita-cita itu perlu, ia memberi ruang kepada murid untuk menetapkan matlamat dan hala tuju terhadap kemahiran yang diajar oleh guru.

              5.  Jangan pernah lelah, bisiklah pada Allah SWT

              > Ammar Azhari:
              Hati, fikiran dan perasaan anak didik adalah milik Allah SWT, sekalipun murid kita adalah non muslim jangan lupa bergantung harap kepada Allah SWT, Allah pasti menyebarkan rahmat dan kasih sayangNYA kepada guru yang menumpahkan seluruh jiwa dan raganya pada amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

              Guru adalah adalah idola murid, apa yang guru lakukan semuanya akan di tiru dan disebarkan. Jadi  lakukanlah yang baik-baik, sebutlah yang baik-baik, pakailah yang baik-baik in sha Allah jariahnya akan berpanjangan.

              -Aminah Mat Yusoff -

              #BicarakuKeranaAllah 
              #NikmatIlmuImandanIslam
               

            • MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN

            • Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia. Bersempena dengan itu, Ihya’ Ramadan merupakan salah satu program yang dijalankan oleh Unit Tarbiyyah SRITI Al-Hawariyyun untuk tahun ini. Program ini dijalankan sepanjang bulan Ramadan bagi mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Program ini juga dirancang sebagai satu usaha membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang di dunia dan akhirat. Insyaallah.

              Antara objektif program ini adalah;
              - mengajak murid untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan tadarus al-Quran.
              - Melahirkan murid yang menghayati bulan Ramadan
              - Membentuk sahsiah dan rohani murid untuk menuju generasi Rabbani Murabbi.

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEG, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI 

              #SritiAlHawariyyun

            • #INFAQRAMADAN

            • Assalamualaikum wbt 

              SRITI Al-Hawariyyun sangat mementingkan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk murid menjalani PDP dengan berkesan disamping guru dapat merancang pembelajaran dengan teratur.

              Sehubungan dengan itu, pihak Sriti Al-Hawariyyun dengan rendah hatinya memohon sedikit sumbangan dari tuan/puan bagi menambah dana penambahbaikan fasiliti SRITI Al-Hawariyyun yang rosak seperti berikut;

              * Rak buku murid
              * Lantai & karpet bilik guru
              * Pendingin hawa

              Segala sumbangan tuan dan puan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (SRITI DPPK KLANG) 1201 0010 0966 32 . Sebarang bukti pembayaran dihantar ke 


              En fauzi wassap.my/60193632845

              *Semoga sumbangan tuan dan puan diberkati oleh Allah dan menjadi aset akhirat kelak. Tambahan lagi kita berada di dalam bulan yang sinonim dengan ‘BULAN MEGA SALE PAHALA’ (Ramadan Al-Mubarak). 

              Kami ucapkan jutaan terima kasih terhadap keperihatinan pihak tuan puan terhadap warga SRITI Al-Hawariyyun.

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI 

              #SritiAlHawariyyum

            • INFO

            • Bisa jadi, kita bukanlah orang tua yang punya cukup wawasan parenting. Tapi, selama pribadi kita dihiasi karakter sabar, maka itu menjadi modal yang sangat penting.

              Sebab, tips and trick mendidik anak bisa dipelajari dalam hitungan hari. Tapi menjadi pendidik yang berkarakter baik, itu hasil pahatan yang berlangsung sejak usia dini. 

              Bukan berarti karakter tidak bisa direkonstruksi. Ia bisa dikoreksi, selama kita mau membuka hati dan menyadari bahwa ada bagian dari pribadi kita yang perlu diperbaiki.

              Bisa jadi, kita bukanlah orang yang punya cukup wawasan stategi pendidikan. Tapi, selama pribadi kita dihiasi kelembutan, dengan izin Allah, hati anak-anak akan cenderung lebih mudah kita taklukkan.
              .
              .
              .
              kredit : IG: @abun_nada
              #mawasdiri

            • INFO

            • Pendidikan tidak pernah bermaksud untuk memproses manusia menjadi malaikat.

              Allah sudah ada malaikat.

              Manusia perlu menjadi manusia.

              Manusia ialah manusia, gabungan pada kecenderungannya kepada kejahatan dan kebaikan.

              Allah yang jadikan manusia itu berkecenderungan ke kiri dan ke kanan.

              Kemudian Allah datangkan wahyu dan angkat keutamaan ilmu, agar manusia terbimbing pada membuat perancangan dan tindakan antara baik atau buruk.

              Pendidikan dan persekolahan, adalah untuk membangunkan upaya fikir manusia, serta menggunakan kemajuan fikirannya untuk berperanan sebagai khalifah.

              Jika anak-anak ke sekolah, tetapi sekolah gagal menjadi tempat anak-anak belajar berfikir dan bertindak berasaskan fikiran, anak-anak bersekolah namun tidak berpendidikan.

              Kegagalan yang menjadikan bertambah ramai manusia, bertambah ramai perosak dan penumpah darah.

              Baca artikel penuh disini: https://imani.asia/pendidikan-dan-persekolahan-anak-untuk-apa/

              #SritiAlHawariyyun

            • | Al-Hawariyyun : Semasa |

            • Pada tarikh 26 & 27 Mac 2022, SRITI Negeri Selangor telah menganjurkan kursus lanjutan kepada guru-guru yang telah melepasi Kursus Intensif Persediaan Mengajar (KIPM) pada sesi 2020 dan 2021. Penyertaan dari SRITI Al-Hawariyyun telah terdiri dari Cikgu Wan Noor Hasni binti Wan Md Mokhtar, Cikgu NurKhairunnisa binti Mahamad Nasir dan Teacher Ainor Syahirah binti Khalid.

              Syabas guru-guru SRITI Al-Hawariyyun, sentiasa rancak menambah kemahiran dan ilmu untuk sama-sama menzahirkan ruhul “Membina Generasi Soleh, Pintar, Rabbani dan Murabbi” . Sementara hari yang sama telah berlangsung juga Majlis Anugerah Kecemerlangan SRITI Al-Hawariyyun yang dikendalikan oleh guru-guru lain di SRITI Al-Hawariyyun.

              Terima kasih semua pendidik!

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI 

              #SritiAlHawariyyun
              #KursusPengukuhanMengajar

            • JOM KENAL GURU SRITI AL HAWARIYYUN

            • Kredibiliti sesebuah sekolah dicerminkan oleh tenaga pengajar yang bergentayangan di sebalik tabir mendidik dan melahirkan generasi soleh dan pintar. Oleh itu, unit media tampil kali ini untuk membuat sorotan berkenaan guru-guru di SRITI Al-Hawariyyun.

              Puan Atiqah binti Mohd Tan @ Teacher Ika.

              Merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara dalam jurusan ‘Business Management’. Beliau menamatkan ‘Diploma in Business Studies’ pada November 2010. Seterusnya  ‘Bachelor of Business Administration (Hons) (Human Resource Management) pada November 2012 dan ‘Master of Business Administration’ pada May 2014.

              Beliau melaporkan diri menjadi sebahagian dari tenaga pengajar di SRITI Al-Hawariyyun pada tanggal 9 Mac 2020. Berperanan sebagai seorang guru bahasa inggeris kepada murid tahun 4, 5 dan 6 dan memegang jawatan sebagai Guru Penaung Pengawas di bawah unit disiplin.

              Seorang yang sangat ‘perfectionist’ dan komited dalam melaksanakan tugas. Sangat mementingkan kualiti PDP yang disampaikan kepada murid. Berpesona tegas ketika mendidik. Namun lemah lembut ketika di ajak berbincang.

              Terima kasih Teacher Ika atas keringat mengajar dan kualiti kerja yang telah dicurahkan. Kami warga SRITI Al-Hawariyyun menghargai adanya tenaga pengajar seperti Teacher Ika. Semoga Allah terus memberkati dan merahmati guru-guru SRITI Al-Hawariyyun.

              *Nantikan pihak kami memperkenalkan guru seterusnya pada posting akan datang …..

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI 

              #SRITIAlHawariyyun

            • MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SRITI AL-HAWARIYYUN 2021/2022

            • A new photoalbum MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SRITI AL-HAWARIYYUN 2021/2022 was added to gallery

              Lensa sepanjang Majlis Anugerah Kecemerlangan SRITI Al-Hawariyyun. Tahniah buat semua murid yang menerima anugerah. Semoga menjadi pemangkin semangat untuk terus melakukan yang terbaik dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada ibu bapa murid yang turut hadir memberi dorongan dan sokongan kepada murid serta memeriahkan majlis. Tahniah kepada semua guru dan staf yang yang merangka dan melancarkan majlis. Kami dari pihak SRITI Al-Hawariyyun memohon maaf jika ada kekurangan ketika majlis berlangsung. InsyaAllah, akan ada penambahbaikkan di masa akan datang. MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI #SritiAlHawariyyun #HariAnugerahKecemerlanganSritiAlHawariyyun

            • | al-hawariyyun : hari ini |

            • Penyampaian anugerah pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Tahniah dan terima kasih kepada semua murid yang telah melaksanakan tugas sepanjang 2021 / 2022. Anda telah membantu melancarkan urusan guru dan pentadbiran sekolah dalam mengawal murid dan menjadi perantara kepada guru. Permulaan yang baik untuk menjadi seorang penimpin yang berkaliber kelak. Syabas!

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI.

              #SritiAlhawariyyun

            • | Al-Hawariyyun : Hari ini |

            • Retreat guru-guru SRITI Al-Hawariyyun disempurnakan lagi dengan KELAS QURAN GURU 1.0 yang dikendalikan oleh ustaz Aiman Fitry bin Zulkifli.

              Syabas guru-guru dan sekalung tahniah buat Guru Besar SRITI Al-Hawariyyun atas inisiatif meningkatkan kualiti guru-guru SRITI Al-Hawariyyun.

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI 

              #SRITIAlHawariyyun

            • | Al-Hawariyyun : Tahniah |

            • Warga SRITI Al-Hawariyyun mengucapkan jutaan tahniah di atas lantikan tampuk kepimpinan baru SRITI Al-Hawariyyun yang terdiri daripada Cikgu Wan Noor Hasni (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Cikgu Nurkhairunnisa (Guru Penolong Kanan Akademik), dan Cikgu Muhammad Ariff (Guru Penolong Kanan Kokurikulum).

              Kami seluruh warga menyokong penuh dan bersedia untuk turut sama-sama berjuang dalam wadah institusi Al-Hawariyyun. Prestasi cemerlang yang dibawa menzahirkan kredibiliti kalian sebagai GPK untuk sesi baru 2022. Tahniah!

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI 

              #SritiAlHawariyyun

            • SEDEKAH JUMAAT

            • PELABURAN AKHIRAT MELALUI SEDEKAH JUMAAT

              "Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain." 
              -Ibnu Qayim dalam Zad Al-Maad

              .
              SRITI AL-Hawariyyun , Pelabuhan Klang ingin mengajak anda untuk bersama-sama memberi sumbangan Projek Pembangunan & Penyelenggaraan SRITI Al-Hawariyyun .

              .
              Semoga dengan sumbangan ini, dapatlah kita memberi keselesaan kepada anak soleh dan solehah SRITI Al-Hawariyyun , Pelabuhan Klang dalam menuntut ilmu, semoga menjadi saham di akhirat kelak. InsyaAllah..
               
              ==========================================

              Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank SRITI DPPK KLANG 

               Bank : 
              Bank Islam Malaysia Berhad  (BIMB)

              Nama Akaun : 
              SRITI DPPK KLANG

              No Akaun :
               1201 0010 0966 32

              Reference :
               SRITI Al-Hawariyyun 

               Maklumat lanjut, hubungi :

              En Fauzi - wassap.my/60193632845

              ==========================================

              MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI 

              #SritiAlHawariyyun

            • TERIMA KASIH SIR TAUFIK

            • Kami warga SRITI Al-Hawariyyun mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada sir Akbar Mustafa atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat sebagai seorang guru dan sebagai seorang GPK Akademik yang berdedikasi.

              ‘Sir Taufik @ Sir Akbar’ seorang yang dihormati dan disenangi oleh guru dan staf mahupun murid. Berpesona tenang dan ceria, lembut tutur kata dan menghormati orang lain. Beliau juga merupakan guru yang bertanggungjawab membawa kejayaan murid SRITI Al-Hawariyyun di pertandingan Sukan Silat Kebangsaan yang berlangsung di Terengganu pada hujung tahun 2019.

              Kami warga SRITI Al-Hawariyyun mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada sir atas sumbangan besar beliau kepada sekolah. Kami warga SRITI Al-Hawariyyun akan meneruskan kesinambungan ‘Melahirkan Generasi Soleh, Pintar, Rabbani dan Murabbi’ sebagai ruhul dalam perjuangan sebagai warga Al-Hawariyyun dan menjadikan sir sebagai penanda aras kualiti guru SRITI Al-Hawariyyun.

              Gunung bintan lekuk di tengah,
              Sayang penyengat kubunya tiga,
              Hancur badan dikandung tanah,
              Budi disanjung kami ingat sentiasa.

              Kalau menjemur papan panjang,
              Baik disusun tegak berdiri,
              Kalaulah Ada umur panjang,
              Jenguklah kami di SRITI Al-Hawariyyun lagi.

              Semoga maju Jaya.. Dirgahayu Sir Taufik Akbar (2017-2022)

              #SRITIAlHawariyyun
              #DirgahayuSirTaufik

            • | Al - Hawariyyun: Hari ini |

            • Murid tahun akhir (Tahun 6 2021) mengikuti lawatan sambil belajar di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam yang dianjurkan oleh GPK Akademik SRITI Al-Hawariyyun.

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH , PINTAR , RABBANI DAN MURABBI

              #SritiAlHawariyyun

            • BAHAYA BEG SEKOLAH BERAT KEPADA ANAK

            • 1. Beg sekolah wajib tak boleh lebih 10% daripada berat anak. Kalau berat anak 20kg, beg sekolah kena lebih kurang 2kg-3kg sahaja.

              2. Beg yang berat melampau pada anak boleh cederakan otot di bahagian belakang anak terutamanya pada bahagian otot erector spinae

              3. 58.3% sakit belakang pada murid sekolah dikaitkan dengan membawa beg sekolah yang berat

              4. Kesan lain yang boleh terjadi pada murid yang membawa beg berat adalah masalah sakit kepala, sakit leher, bahu dan risiko skoliosis ( tulang belakang bengkok ke tepi )

              5. Paling dirisaukan sebenarnya adalah efek jangka panjang bila anak dah besar nanti

              6. Tolong sangat bila anak balik nanti periksa dan timbang beg sekolah anak masing masing.

              7. Elakkan beli beg beroda untuk anak anak terutamanya jika anak anak kita kena menaiki tangga untuk ke kelasnya

              " Berat mata kita memandang, berat lagi BAHU ANAK yang memikulnya " 

              Tolong sampaikan ilmu ini pada pasangan dan keluarga kita yang ada anak yang masih bersekolah ya

              - Taufiq Razif -

              #HalalDiShare
              #SRITIAlHawariyyun

    • Contacts

      • Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Hawariyyun, Pelabuhan Klang, Selangor
      • 03-31625689
      • NO 115 & 117 Jalan Sri Berembang, Taman Sri Berembang
        42000 Pelabuhan Klang, Selangor
        Malaysia
    • Daftar Masuk