• News

  • News

            • DOA DAN TIP MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID DALAM KELAS

            • DOA DAN TIP MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID DALAM KELAS, CUBALAH.

              Kerana permintaan daripada sahabat saya coretkan di sini. Semoga ia bermanfaat.

              Rasulullah SAW pernah ditanya,
              Apakah sikap orang islam yang paling baik?

              Jawab Baginda “Orang yang menjaga lidahnya daripada menyakiti orang lain”

              Baginda ditanya lagi,
              Apakah amalan hati  ( Iman ) yang paling utama?

              Jawab Baginda, “Iaitu orang yang sabar dan pemaaf”

              Siapakah mukmin yang paling sempurna imannya?

              Jawab Baginda: “Mukmin yang paling baik akhlaknya”

              Hadamkanlah hadith ini dan praktik di hadapan murid. Sunnah yang di amalkan memiliki keistimewaan yang kita sendiripun tak sangka. 

              Perkara yang pertama saya beritahu murid apabila memulakan sesi pengajaran ialah hadith di atas. Yakin dan percayalah mereka boleh jadi baik dan boleh  mengawal tingkah laku dengan sebab perbuatan itu Allah dan Rasulullah SAW suka.

              Langkah seterusnya ialah:  

              1.   Volum Suara

              Saya tak nafikan ramai cikgu mempunyai peti suara yang istimewa, kadang-kadang tak perlu pembesar suarapun untuk memberi arahan dalam dewan perhimpunan. Sebab hari-hari diasah menggunakan nada yang tinggi, akhirnya menjadi kebiasaan. Tapi yakinlah suara yang sederhana lebih menyerap dalam hati murid. Cakap dengan suara yang kuat itu memenatkan jadi biasakan diri dengan nada suara yang sederhana kerana itulah sunnah Nabi.  Tugas guru ialah menyampaikan ilmu.  Menyampaikan adalah sinonim dengan bil hikmah. Didik hati untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang dan terkawal.

              1.  Jentik hati

              Percaya  atau tidak, senyuman itu terapi, menyebarkan aura positif kepada orang yang memandangnya, senyuman guru kepada murid mampu mengetuk pintu hati. Rasulullah SAW mengetuk pintu hati para sahabat dengan ucapan-ucapan kasih sayang  dan ucapan berbentuk keperihatinan seperti “ Ya Muaz, demi Allah! Sesungguhnya aku mengasihi engkau”
               “ Cikgu sayang anak-anak semua”, “ Apa khabar”, “ Hari ini sarapan apa?” cikgu akan dapat perhatian daripada murid dengan ucapan-ucapan ini.

              2.  Cikgu yang bacakan doa

              Biasanya murid akan baca doa bersama-sama dalam kelas setiap kali sesi pengajaran. Murid kurang menghayatinya kerana amalan ini sudah menjadi rutin bagi mereka, jadi saya keluar dari kebiasaan. Saya yang bacakan doa murid aminkan. Kesannya subhanallah…kadang-kadang ada murid yang menangis apabila doa di bacakan, Allah sahajalah yang tahu apa yang mereka rasakan. Mungkin doa seorang guru amat diharapkan oleh anak-anak ini. Jika murid menadah tangan pastikan tangannya separas bahu, itulah adab, lambang kesungguhan dan menghormati guru yang sedang mendoakan mereka.

              Doanya ialah:

              Mulakan dengan salawat ke atas junjungan Nabi SAW
              Baca ayat 40 surah Ibrahim ( saya wajibkan diri saya membacanya)
              Kemudian sambung..
              Ya Allah…
              Ampunilah dosa kami
              Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami
              Ampunilah dosa guru-guru kami ( wajibkan juga, latih murid ingat guru setiap kali berdoa)
              Ya Allah berkatilah ilmu yang kami dapat,
              Kami redha dengan guru-guru kami, jadi redhailah kami sebagaimana kami redha terhadap mereka.
              Ya Allah perindahkanlah akhlak kami,
              Perindahkanlah tutur bicara kami,
              Perindahkanlah hati kami,
              Perindahkanlah akal dan pemikiran kami,
              Perindahkanlah tindakan kami,
              Kurniakanlah akal yang kuat, bijak, pandai dan matang
              Jadikanlah kami orang yang Berjaya dalam pelajaran..berjaya di dunia dan akhirat
              Jagalah kami sebagaimana Engkau menjaga hambaMu yang Soleh dan Solehah.
              Akhiri dengan selawat.

              3.  Arahan yang jelas

              Sebelum cikgu menyampaikan ilmu, sampaikan arahan dengan jelas supaya murid dapat bertindak mengikut kehendak guru. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan susun ayat dengan teratur terutamanya bila berdepan dengan murid tahun 1. 

              4.  Sampaikan objektif 

              Penting, berkongsi rasa dan cita-cita itu perlu, ia memberi ruang kepada murid untuk menetapkan matlamat dan hala tuju terhadap kemahiran yang diajar oleh guru.

              5.  Jangan pernah lelah, bisiklah pada Allah SWT

              > Ammar Azhari:
              Hati, fikiran dan perasaan anak didik adalah milik Allah SWT, sekalipun murid kita adalah non muslim jangan lupa bergantung harap kepada Allah SWT, Allah pasti menyebarkan rahmat dan kasih sayangNYA kepada guru yang menumpahkan seluruh jiwa dan raganya pada amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

              Guru adalah adalah idola murid, apa yang guru lakukan semuanya akan di tiru dan disebarkan. Jadi  lakukanlah yang baik-baik, sebutlah yang baik-baik, pakailah yang baik-baik in sha Allah jariahnya akan berpanjangan.

              -Aminah Mat Yusoff -

              #BicarakuKeranaAllah 
              #NikmatIlmuImandanIslam
               

            • MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN

            • Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia. Bersempena dengan itu, Ihya’ Ramadan merupakan salah satu program yang dijalankan oleh Unit Tarbiyyah SRITI Al-Hawariyyun untuk tahun ini. Program ini dijalankan sepanjang bulan Ramadan bagi mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Program ini juga dirancang sebagai satu usaha membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang di dunia dan akhirat. Insyaallah.

              Antara objektif program ini adalah;
              - mengajak murid untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan tadarus al-Quran.
              - Melahirkan murid yang menghayati bulan Ramadan
              - Membentuk sahsiah dan rohani murid untuk menuju generasi Rabbani Murabbi.

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEG, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI 

              #SritiAlHawariyyun

            • #INFAQRAMADAN

            • Assalamualaikum wbt 

              SRITI Al-Hawariyyun sangat mementingkan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk murid menjalani PDP dengan berkesan disamping guru dapat merancang pembelajaran dengan teratur.

              Sehubungan dengan itu, pihak Sriti Al-Hawariyyun dengan rendah hatinya memohon sedikit sumbangan dari tuan/puan bagi menambah dana penambahbaikan fasiliti SRITI Al-Hawariyyun yang rosak seperti berikut;

              * Rak buku murid
              * Lantai & karpet bilik guru
              * Pendingin hawa

              Segala sumbangan tuan dan puan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (SRITI DPPK KLANG) 1201 0010 0966 32 . Sebarang bukti pembayaran dihantar ke 


              En fauzi wassap.my/60193632845

              *Semoga sumbangan tuan dan puan diberkati oleh Allah dan menjadi aset akhirat kelak. Tambahan lagi kita berada di dalam bulan yang sinonim dengan ‘BULAN MEGA SALE PAHALA’ (Ramadan Al-Mubarak). 

              Kami ucapkan jutaan terima kasih terhadap keperihatinan pihak tuan puan terhadap warga SRITI Al-Hawariyyun.

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI 

              #SritiAlHawariyyum

      • Contacts

        • Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Hawariyyun, Pelabuhan Klang, Selangor
        • 03-31625689
        • NO 115 & 117 Jalan Sri Berembang, Taman Sri Berembang
          42000 Pelabuhan Klang, Selangor
          Malaysia
      • Daftar Masuk