• News

  • News

            • [#SedekahJumaat]

            • PELABURAN AKHIRAT MELALUI SEDEKAH JUMAAT

              "Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain."
              -Ibnu Qayim dalam Zad Al-Maad

              .
              SRITI AL-Hawariyyun , Pelabuhan Klang ingin mengajak anda untuk bersama-sama memberi sumbangan Projek Pembangunan & Penyelenggaraan SRITI Al-Hawariyyun .

              .
              Semoga dengan sumbangan ini, dapatlah kita memberi keselesaan kepada anak soleh dan solehah SRITI Al-Hawariyyun , Pelabuhan Klang dalam menuntut ilmu, semoga menjadi saham di akhirat kelak. InsyaAllah..
               
              ==========================================

              Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank SRITI DPPK KLANG

               Bank :
              Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

              Nama Akaun :
              SRITI DPPK KLANG

              No Akaun :
               1201 0010 0966 32

              Reference :
               SRITI Al-Hawariyyun

               Maklumat lanjut, hubungi :

              En Fauzi - wassap.my/60193632845

              ==========================================

              MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI

              #SritiAlHawariyyun

            • SOP HADIR KE SEKOLAH

            • Keselamatan warga SRITI Al-Hawariyyun bermula dari pintu pagar sekolah.

              1- Anak murid perlu turun ke pintu pagar bersama ibu bapa penjaga.

              2- Ibu bapa perlu ‘scan QR Code’ di pintu pagar sekolah dan perlu check suhu di alat pengimbas suhu bersama murid.

              3- Pastikan nama murid sudah di isi dalam ruangan ‘Dependant’ my sejahtera ibu ayah penjaga.
              .
              .
              P/s
              *Ibu bapa yang bergejala perlu membawa pulang murid segera.

              *Ibu bapa yang tidak mempunyai My Sejahtera perlu lapor diri di buku pelawat.
              .
              .
              .
              .
              SRITI Al-Hawariyyun amat menitik beratkan kesejahteraan warga sekolah. Terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga yang memberi kerjasama memudahkan perlaksanaan SOP hadir ke sekolah.

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI

              #SritiAlHawariyyum

            • MAKLUMAN MAJLIS PERPISAHAN USTAZ KHALID NAYAN

            • Adalah dimaklumkan bahawa hari Jumaat ini bersamaan 28 Januari 2022 pihak sekolah akan mengadakan majlis perpisahan buat *Ustaz Khalid bin Nayan* yang akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Guru Besar di SRITI Al-Hawariyyun.

              Kami warga SRITI Al-Hawariyyun mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti beliau yang disumbangkan untuk kemajuan dan pembangunan SRITI Al-Hawariyyun.

              Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan terus memberi manafaat kepada ummah.

            • | AL-HAWARIYYUN : SEMASA |

            • Penyediaan makanan untuk murid dibungkus dari kantin dan dihidang di dalam kelas. Murid akan bersarapan dan makan tengah hari di kelas sahaja. Usaha ini adalah untuk mengurangkan pergerakan murid bagi mengekang risiko penularan wabak.

              Terima kasih staf dan guru yang bertungkus lumus beri yang terbaik untuk murid SRITI Al-Hawariyyun.

              MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI

              #sritialhawariyyun

            • | AL- HAWARIYYUN = SEMASA |

            • Menghormati gaya pembelajaran anak-anak abad ke-21 yang bervariasi. Dengan mengambil penilaian dari model dan inventori VARK, iaitu melalui kaedah 4 sensorinya, visual, auditori, read & write juga geng kinesthetic.

              Guru nak tak nak kena kreatif dan rajin lagi aktif.

              Huhu.

              Disini nak simpan gambar, aktiviti kelas bersama anak-anak tahun 2 di SRITI Al-Hawariyyun untuk subjek Bahasa Inggeris, topiknya, Polar Region. Belajar mengenali haiwan artik.

              Our favorite and iconic mascot of the artic animal: https://youtu.be/r2Ou58p_D7k

              Subhanallah atas ciptaan-Nya.

              Kredit: Teacher Ainoor

            • KESELAMATAN WARGA SRITI AL-HAWARIYYUN BERMULA DARI PINTU PAGAR SEKOLAH

            • SOP Hadir ke sekolah:

              1- Anak murid perlu turun ke pintu pagar bersama ibu bapa penjaga.

              2- Ibu bapa perlu ‘scan QR Code’ di pintu pagar sekolah dan perlu check suhu di alat pengimbas suhu bersama murid.

              3- Pastikan nama murid sudah di isi dalam ruangan ‘Dependant’ my sejahtera ibu ayah penjaga.
              .
              .
              P/s
              *Ibu bapa yang bergejala perlu membawa pulang murid segera.

              *Ibu bapa yang tidak mempunyai My Sejahtera perlu lapor diri di buku pelawat.
              .
              .
              .
              .
              SRITI Al-Hawariyyun amat menitik beratkan kesejahteraan warga sekolah. Terima kasih kepada semua ibu bapa penjaga yang memberi kerjasama memudahkan perlaksanaan SOP hadir ke sekolah.

              MELAHIRKAN GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI

              #SritiAlHawariyyum

          • KURSUS PROFESSIONALISM GURU
            • KURSUS PROFESSIONALISM GURU

            • A new photoalbum KURSUS PROFESSIONALISM GURU was added to gallery

              | Al-Hawariyyun = Semasa | Pada 7, 8 & 9 Januari 2022 , guru-guru SRITI Al-Hawariyyun telah menjalani kursus ‘Peningkatan Professionalisme Guru’ yang berlangsung di D’Bayu Impian Housestay di bawah anjuran pihak pengurusan, GPK Akademik dan GPK HEM SRITI Al-Hawariyyun. Kursus ini menyaksikan guru-guru SRITI Al-Hawariyyun di dedahkan dengan pelbagai modul dari pengisi berpengalaman dan bertauliah yang di jemput khas dari pelbagai jabatan. Tahniah kepada semua guru dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung melancarkan program 3 hari 2 malam ini. Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan kualiti guru dan sekolah. MEMBINA GENERASI SOLEH, PINTAR, RABBANI DAN MURABBI #SRITIAlHawariyyun #KursusProfessionalismeGuru

      • Contacts

        • Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Hawariyyun, Pelabuhan Klang, Selangor
        • 03-31625689
        • NO 115 & 117 Jalan Sri Berembang, Taman Sri Berembang
          42000 Pelabuhan Klang, Selangor
          Malaysia
      • Daftar Masuk