Kami warga SRITI Al-Hawariyyun mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada sir Akbar Mustafa atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat sebagai seorang guru dan sebagai seorang GPK Akademik yang berdedikasi.
‘Sir Taufik @ Sir Akbar’ seorang yang dihormati dan disenangi oleh guru dan staf mahupun murid. Berpesona tenang dan ceria, lembut tutur kata dan menghormati orang lain. Beliau juga merupakan guru yang bertanggungjawab membawa kejayaan murid SRITI Al-Hawariyyun di pertandingan Sukan Silat Kebangsaan yang berlangsung di Terengganu pada hujung tahun 2019.
Kami warga SRITI Al-Hawariyyun mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada sir atas sumbangan besar beliau kepada sekolah. Kami warga SRITI Al-Hawariyyun akan meneruskan kesinambungan ‘Melahirkan Generasi Soleh, Pintar, Rabbani dan Murabbi’ sebagai ruhul dalam perjuangan sebagai warga Al-Hawariyyun dan menjadikan sir sebagai penanda aras kualiti guru SRITI Al-Hawariyyun.
Gunung bintan lekuk di tengah,
Sayang penyengat kubunya tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi disanjung kami ingat sentiasa.
Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalaulah Ada umur panjang,
Jenguklah kami di SRITI Al-Hawariyyun lagi.
Semoga maju Jaya.. Dirgahayu Sir Taufik Akbar (2017-2022)
#SRITIAlHawariyyun
#DirgahayuSirTaufik